Tambahnya, dia mahu skuad Penyu memanfaatkan beraksi di laman sendiri sebagai bekalan sebelum berlepas ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dalam suku akhir kedua pada 28 September nanti.
“Ini padang kita, bermainlah bermati-matian. Kita juga mengharapkan ramai penyokong datang memberikan sokongan dalam perlawanan menentang JDT esok,” katanya kepada pemberita ketika sesi latihan skuad TFC di sini semalam.
Dalam masa sama, katanya, TFC bakal turun dengan misi untuk memburu sebanyak mungkin jaringan ketika menentang JDT dan mengelak daripada dibolosi lawan.
“Kita akan berusaha keras dan selebihnya kita serah pada takdir. Yang penting misi kita jangan bolos di tempat sendiri, kita akan cuba yang terbaik dan tidak bolos, sebaliknya cari gol sebanyak yang boleh,” katanya.- UTUSAN ONLINE